|
|
|
Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke saat ini. Rimbunan tahniah dan syabas kepada AJK Laman Web atas kejayaan dalam pembinaan laman web ini . Ribuan terima kasih juga diluhurkan kerana diberi peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam wadah kebanggaan kita semua ini.
Sesungguhnya bagi membina golongan yang berpendidikan bukanlah satu perkara yang mudah, sekiranya tidak disemai dari akar umbi lagi. Justeru, cabaran untuk mengukuhkan dan meningkatkan kualiti pendidikan adalah tanggungjawab semua pihak. Untuk merealisasikan hasrat murni ini, para pemimpin, pengurus pendidikan serta guru-guru perlu mengamalkan profesionalisme yang tinggi. Kita perlu berusaha dengan gigih untuk menerapkan nilai-nilai murni agar pelajar-pelajar yang dilahirkan merupakan insan seimbang dan berkualiti.
Pendidikan bukanlah datang daripada pembelajaran dalam kelas semata-mata tetapi juga wujud ketika kita menempuhi ranjau kehidupan yang penuh berliku ini. Kehidupan yang kita lalui hari ini haruslah diolah dengan sebetulnya agar kita memperoleh manfaat daripadanya. Oleh sebab itu, para pelajar amnya dan semua warga SMKA Lati khususnya bertanggungjawab menguatkan azam, memperkasa tekad mengikuti segala ranjau kehidupan yang berpendidikan dengan penuh keyakinan dan iltizam. Kesudahannya, visi SMKA Lati yang mana pada tahun 2007 sekolah ini dinobatkan sebagai sekolah cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Akhir kata, saya menyeru semua warga SMKA Lati agar kita bersama-sama berusaha menjadikan SMKA Lati sebagai contoh kecemerlangan dalam semua aspek yang terlibat. |
|
|
|